|
11.1 Pertimbangan Untuk Penangguhan Pengajian
11.1.1
Permohonan untuk
penangguhan pengajian bagi sesuatu semester hendaklah dimajukan kepada Dekan
Sekolah untuk pertimbangan. Kelulusan penangguhan pengajian adalah
berdasarkan semester ke semester dan tidak melebihi dua (2) semester
berturut-turut.
11.1.2
Seseorang pelajar yang
sakit boleh diberi penangguhan pengajian tertakluk kepada perakuan daripada
doktor kerajaan atau doktor yang diperakui oleh Senat. Dalam kes pelajar yang
mengalami gangguan mental, kebenaran untuk menangguh pengajian adalah
tertakluk kepada perakuan doktor-doktor yang berkenaan.
11.1.3
Seseorang pelajar yang
menghadapi masalah lain daripada perenggan 11.1.2 di atas boleh juga diberi
penangguhan pengajian untuk sesuatu semester berkenaan tertakluk kepada
pertimbangan Naib Canselor.
11.1.4
Selepas penangguhan
diberikan semua kursus yang telah didaftar secara automatis dibatalkan;
11.1.5
Permohonan penangguhan
pengajian tidak boleh dibuat selepas minggu ke sepuluh (10). Permohonan selepas
tempoh tersebut hanya boleh dibuat untuk menangguh peperiksaan.
11.1.6
Perkara 11.1.1,
11.1.3, 11.1.6, 11.3, 11.4.1 – 11.4.3, 11.5.1 dan 11.5.3 tidak terpakai untuk
program perubatan (Pindaan Senat
2/2004).
11.1.7
Permohonan untuk
penangguhan pengajian bagi sesuatu tahun bagi program Doktor Perubatan
hendaklah dimajukan kepada Dekan Sekolah untuk pertimbangan. Kelulusan
penangguhan pengajian adalah berdasarkan tahun ke tahun (Pindaan Senat 2/2004).
11.1.8
Seseorang pelajar yang menghadapi masalah
lain daripada 11.1.2 di atas boleh diberi penangguhan pengajian untuk sesuatu
tahun berkenaan tertakluk kepada pertimbangan Naib Canselor (Pindaan Senat 2/2004).
11.2 Penangguhan Peperiksaan
11.2.1 Pelajar yang sakit atau menghadapi
gangguan-gangguan lain sewaktu peperiksaan boleh memohon kepada Dekan Sekolah
untuk menangguhkan pengambilan peperiksaan berkenaan. Permohonan untuk menangguhkan peperiksaan
untuk sesuatu kursus hendaklah dibuat dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam peperiksaan itu diadakan.
11.2.2 Permohonan untuk penangguhan peperiksaan
bagi kursus berkenaan pada sesuatu semester atas sebab-sebab kesihatan
hendaklah disertakan dengan surat pengesahan doktor kerajaan atau doktor
panel Universiti Malaysia Sabah;
11.2.3 Permohonan atas sebab-sebab lain boleh
dipertimbangkan atas budi bicara Dekan Sekolah. Peperiksaan gantian
boleh diadakan berdasarkan kepada merit kes tersebut.
11.3. Penangguhan Penyerahan
Laporan Latihan Praktikum/ Ilmiah/ Industri/ Mengajar / Klinikal dan Projek
11.3.1
Seseorang pelajar boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi perkara
11.3 dengan memberi sebab-sebab munasabah kepada Dekan dan disokong oleh
Penyelia utamanya.
11.3.2
Permohonan penangguhan bagi perkara 11.3 hendaklah dibuat
sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh penyerahan
laporan yang telah ditetapkan oleh sekolah;
11.3.3 Pelajar
yang gagal menyerahkan laporan tersebut pada tarikh baru yang telah
ditetapkan akan diberikan gred E dan dikehendaki mendaftar semula.
11.4 Status Sebagai Seorang Pelajar Universiti
11.4.1
Pelajar yang telah diberi penangguhan
pengajian bagi sesuatu semester akan hilang statusnya sebagai pelajar
Universiti dan dengan demikian pelajar tersebut tidak berhak mendapat atau menggunakan
kemudahan-kemudahan Universiti sehingga mendaftar semula selepas tempoh
berkenaan.
11.4.2 Seseorang pelajar yang
tidak mendaftar selama satu (1) semester panjang tanpa kebenaran bertulis
daripada Universiti akan hilang status sebagai pelajar (Pindaan Senat 2/2003);
11.4.3
Seseorang pelajar yang
tidak mendaftar selama dua (2) semester panjang berturut-turut tanpa
kebenaran bertulis daripada Universiti akan diberhentikan dari pengajian
tanpa pemberitahuan daripada pihak Universiti dan akan hilang statusnya. (Pindaan Senat 2/2003).
11.4.4
Pelajar yang telah
diberikan penangguhan pengajian bagi sesuatu tahun akan digantung statusnya
sebagai pelajar universiti dan dengan demikian pelajar tersebut tidak berhak
mendapat atau menggunakan kemudahan-kemudahan universiti sehingga mendaftar
semula selepas tempoh berkenaan (Pindaan
Senat 2/2004).
11.4.5 Seseorang pelajar
tahun satu dan dua Program Doktor Perubatan yang tidak mendaftar selama satu
(1) semester atau satu (1) sesi bagi pelajar tahun tiga, empat, dan lima,
tanpa kebenaran bertulis daripada Universiti akan hilang status sebagai
pelajar (Pindaan Senat 2/2004).
11.4.6
Seseorang pelajar
tahun satu dan dua Program Doktor Perubatan yang tidak mendaftar selama dua
(2) semester berturut-turut atau satu (1) sesi bagi pelajar tahun tiga,
empat, dan lima, tanpa kebenaran bertulis daripada Universiti akan
diberhentikan dari pengajian tanpa pemberitahuan daripada pihak Universiti (Pindaan Senat 2/2004).
11.5 Tempoh Penangguhan Pengajian
11.5.1 Tempoh
semester yang terlibat dengan penangguhan pengajian tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada keperluan
maksimum yang dibenarkan bagi melayakkan diri untuk mendapat ijazah.
11.5.2
Tempoh penggantungan
pelajar yang digantung pengajiannya akibat tindakan Tatatertib Universiti akan diambilkira sebagai
sebahagian daripada keperluan maksimum yang dibenarkan bagi melayakkan diri
untuk mendapat ijazah (Pindaan Senat 2/2003).
11.5.3 Tempoh penangguhan pengajian
tidak boleh melebihi dua semester berturut-turut.
11.5.4
Tempoh sesi yang
terlibat dengan penangguhan pengajian tidak diambil kira sebagai sebahagian
daripada keperluan maksimum yang dibenarkan bagi melayakkan diri untuk
mendapat ijazah; (Pindaan Senat 2/2004).
11.5.5 Perkara 11.5.3 tidak terpakai
untuk program perubatan (Pindaan Senat
2/2004)
11.5.6
Tempoh penangguhan
pengajian program perubatan tidak boleh melebihi satu (1) sesi pengajian (Pindaan Senat 2/2004)
|