SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN
1.0 CARA PEMBAYARAN YURAN KONVOKESYEN
Pembayaran yuran Konvokesyen boleh dibuat melalui:-
a) Bayaran secara online ke akaun UMS melalui pautan www.maybank2u.com.my dan www.cimbcliks.com.my;
b) Bayaran secara manual ke mana-mana cawangan Maybank (No. Akaun UMS: 5100 1302 2413). Pelajar dikehendaki menulis nama dan juga no. Matrik pada slip bank tersebut dan menyimpan salinannya bagi tujuan rujukan semasa pengambilan jubah.
c) Bayaran secara manual di Dewan Kuliah Pusat Ke-2 UMS pada 15-19 Oktober 2012 semasa sesi pengambilan jubah. Kaunter bayaran akan dibuka pada:- Sesi 1: 8.30 Pagi Hingga 12.30 Tengahari dan Sesi 2: 2.00 Petang Hingga 4.00 Petang
d) Bayaran secara manual di kaunter Jabatan Bendahari Aras 3 Blok Utara Bangunan Canselori pada bila- bila masa sebelum 15 Oktober 2012.
Pembayaran secara online adalah sangat digalakkan kerana :-
i. Urusniaga dapat dilakukan dalam keadaan selesa;
ii. Urusniaga boleh dilakukan pada bila-bila masa;
iii. Tidak perlu beratur di kaunter bank/ Jabatan Bendahari;
iv. Menjimatkan masa;
v. Cepat dan selamat.
2.0 PERINGATAN
a) Pelajar dikehendaki mengemaskini pembayaran yang telah dilakukan dengan menaip nombor resit dalam konvo.ums.edu.my/myhutang.
b) Kegagalan mengemaskini pembayaran dalam konvo.ums.edu.my/myhutang akan menyebabkan kesukaran kepada pihak Bendahari untuk mengesahkan pembayaran yang telah dilakukan.
3.0 PERTANYAAN
Jabatan Bendahari boleh dihubungi melalui butiran di bawah untuk sebarang pertanyaan.
No Telefon: 088-320000 sambungan 1019/1116
No Faks: 088-320235
Email: bkpums@gmail.com
SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN
1.0 CARA PEMBAYARAN YURAN KONVOKESYEN & LAIN-LAIN HUTANG/DENDA
Pembayaran yuran Konvokesyen boleh dibuat melalui:-
a) Bayaran secara online ke akaun UMS melalui pautan www.maybank2u.com.my dan www.cimbcliks.com.my;
b) Bayaran secara manual ke mana-mana cawangan Maybank (No. Akaun UMS: 5100 1302 2413). Pelajar dikehendaki menulis nama dan juga no. Matrik pada slip bank tersebut dan menyimpan salinannya bagi tujuan rujukan semasa pengambilan jubah.
c) Bayaran secara manual di Dewan Kuliah Pusat Ke-2 UMS pada 15-19 Oktober 2012 semasa sesi pengambilan jubah. Kaunter bayaran akan dibuka pada:- Sesi 1: 8.30 Pagi Hingga 12.30 Tengahari dan Sesi 2: 2.00 Petang Hingga 4.00 Petang
d) Bayaran secara manual di kaunter Jabatan Bendahari Aras 3 Blok Utara Bangunan Canselori pada bila- bila masa sebelum 15 Oktober 2012.
Pembayaran secara online adalah sangat digalakkan kerana :-
i. Urusniaga dapat dilakukan dalam keadaan selesa;
ii. Urusniaga boleh dilakukan pada bila-bila masa;
iii. Tidak perlu beratur di kaunter bank/ Jabatan Bendahari;
iv. Menjimatkan masa;
v. Cepat dan selamat.
1.2 PERINGATAN
a) Pelajar dikehendak menghantar e-mel atau fakskan (sila rujuk pada no. 3.0) butiran pembayaran manual yang telah dilakukan dengan menulis nama dan nombor matrik pada resit tersebut.
b) Kegagalan menghantar salinan resit akan menyebabkan kesukaran kepada pihak Bendahari untuk mengesahkan pembayaran yang telah dilakukan.
1.3 PERTANYAAN
Jabatan Bendahari boleh dihubungi melalui butiran di bawah untuk sebarang pertanyaan.
No Telefon: 088-320000 sambungan 1019/1116
No Faks: 088-320235
Email: bkpums@gmail.com
2.0 CARA PEMINJAMAN JUBAH AKADEMIK
a) Pelajar yang telah membuat pembayaran ke dalam akuan UMS, sila serahkan salinan slip bank ke kaunter pengambilan jubah sebagai bukti pembayaran telah dijelaskan.
b) Bagi pelajar yang belum membuat pembayaran, sila berbuat demikian di Kaunter Bendahari dan kemukan resit rasmi ke kaunter pengambilan jubah.
c) Sila serahkan tiket jubah di Kaunter Serahan Jubah
d) Para graduan akan dipinjamkan pakaian akademik yang terdiri daripada sehelai jubah,sehelai ‘hood’ mengikut sekolah dan satu ‘mortar board’ (Rujuk di lampiran).
e) Graduan adalah bertanggungjawab memastikan
i. Pakaian akademik yang diterima berada dalam keadaan baik dan sempurna; dan
ii. ‘hood’ program pengajian adalah betul iaitu mengikut sekolah
f) Graduan tidak dibenarkan mengubahsuai mana-mana bahagian pakaian akademik yang dipinjam.
g) Urusan peminjaman pakaian akademik adalah pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 15 hingga 19 Oktober 2012 (8.30 pagi – 5.00 petang)
Tempat: Dewan Kuliah Pusat ke-2 (Berhampiran Bangunan Baru BPA)
Tarikh : 20, 21 & 22 Oktober 2012 (8.30 Pagi – 5.00 Petang)
Tempat: Bilik Sijil Muzik, Aras Bawah, Dewan Canselor
· Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa
3.0 BORANG PENGESANAN GRADUAN "TRACER STUDY"
Semua graduan WAJIB melengkapkan maklumat Kajian Pengesanan Graduat IPTA yang boleh dicapai melalui laman web UMS. Sila isi borang soal selidik dengan lengkap dan hantar semula borang secara ‘online’ kepada pihak UMS. Tuan/Puan adalah dikehendaki membawa cetakan slip pengesahan kajian yang telah dilengkapi semasa mengambil jubah.
4.0 PAKEJ KONVOKESYEN
Setelah selesai semua perkara di atas, pastikan beg yang diterima oleh graduan lengkap berisi:
a) Satu Jubah Konvokesyen.
b) Satu Hood (mengikut program kecuali program Diploma SPU)
c) Satu Mortar Board (Kecuali program Diploma SPU).
d) Satu Kad Jemputan (mengikut sidang).
e) Satu Pelekat Kereta.
Nota: Sila pastikan bakal graduan mendapat pakej yang lengkap seperti di atas
5.0 CARTA ALIR DAN PROSES KERJA PENGAMBILAN JUBAH
Sila rujuk maklumat berikut bagi tujuan proses sebelum pengambilan jubah akademik
a) Carta Alir Proses - sila klik untuk rujukan panduan
b) Proses Kerja - sila klik untuk rujukan panduan
|