Bahasa MelayuEnglish (UK)

SEMAKAN STRUKTUR PENGAJIAN UNTUK KEPERLUAN PENGIJAZAHAN BAGI PELAJAR TAHUN AKHIR YANG DIJANGKA GRADUAT PADA TAHUN 2017

 

Dimaklumkan bahawa Semakan Struktur Pengajian untuk Keperluan Pengijazahan kini dibuka kepada semua pelajar tahun akhir yang dijangka graduat pada Majlis Konvokesyen UMS Ke-19 Tahun 2017. Sila buat semakan di bawah Menu Pengijazahan dalam Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (SMPB).

 

Semakan ini dibuka bertujuan untuk membolehkan pelajar membuat semakan ke atas keperluan pengijazahan dan memastikan bahawa semua kursus telah diambil mengikut struktur pengajian program masing-masing dan semua kursus gagal (jika ada) telah diulang.

 

Sebarang pertanyaan mengenai kursus yang telah/perlu ambil, boleh berhubung dengan Penolong Pendaftar (Kanan) atau Kerani Akademik atau Ketua Program di fakulti masing-masing manakala masalah teknikal boleh merujuk pihak BPA di talian sambungan 692115/691701.

 

Sekian, terima kasih.