Bahasa MelayuEnglish (UK)

Soalan-Soalan Lazim (Unit Peperiksaan & Penilaian)

Unit Peperiksaan dan Penilaian

S: Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa membawa kad pelajar sebelum saya memasuki Dewan Peperiksaan?

J:Pelajar wajib membawa kad pelajar UMS semasa menduduki peperiksaan. Kad tersebut hendaklah diletakkan di atas meja dan akan diperiksa oleh Pengawas Peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Pelajar yang tidak membawa kad pelajar akan dihalang daripada memasuki Dewan Peperiksaan.

 

S:Adakah saya dibenarkan menduduki peperiksaan di Dewan Peperiksaan yang salah?

J: TIDAK. Semua dewan peperiksaan telah diperuntukkan nombor tempat duduk mengikut kapasiti dewan peperiksaan. Jika anda menghadiri peperiksaan di dewan yang salah, anda akan mengambil tempat duduk yang telah dikhaskan kepada seseorang. Perkara sebegini akan mendatangkan masalah di dalam dewan peperiksaan. Oleh itu kami mengingatkan kepada semua pelajar agar berhati-hati dan memastikan tempat peperiksaan yang sebenar sebelum sesi peperiksaan bermula. Anda akan diminta untuk meninggalkan dewan peperiksaan dan pergi ke dewan peperiksaan yang betul.

 

S: Mengapa saya tidak dibenarkan menghadiri dewan peperiksaan lain walaupun ia adalah kursus yang sama?

J: Kehadiran di tempat yang betul adalah penting kerana beberapa sebab. Kehadiran di tempat yang tidak betul boleh menyebabkan tempat duduk yang tersedia untuk pelajar-pelajar yang sepatutnya berada di tempat itu tidak mencukupi. Ia juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa pelajar sengaja menghadiri tempat yang salah untuk bersama dengan kawan-kawan.