Pengenalan
VISI
Menjadi Bahagian yang unggul, berdaya saing dan diiktiraf dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya.
OBJEKTIF
Memastikan urusan kemasukan, pendaftaran, penjadualan kuliah, maklumat rekod, peperiksaan dan pengijazahan pelajar diurus dengan berkesan berpandukan kepada standard yang ditetapkan seiring dengan matlamat dan objektif universiti.
FUNGSI UTAMA
Bahagian ini merupakan penggerak utama universiti dan bertanggungjawab mengurus pengambilan, kemasukan, pendaftaran, maklumat rekod, peperiksaan, pengijazahan pelajar dan konvokesyen serta semua urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan aktiviti hal ehwal akademik universiti.
Bahagian Perkhidmatan Akademik juga merupakan Urusetia kepada Mesyuarat Senat dan Mesyuarat Jawatankuasa Prasiswazah.
BPA terbahagi kepada tujuh (7) seksyen seperti berikut:
Seksyen Pengambilan Dan Kemasukan Pelajar
Seksyen Pendaftaran Dan Penjadualan
Seksyen Pengurusan Konvokesyen dan Rekod Pelajar
Seksyen Pengurusan Sistem Maklumat
Seksyen Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian
Seksyen Pengurusan Dasar dan Senat
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan