Bahasa MelayuEnglish (UK)

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN 2016 

 

JANJI TANGGUNGJAWAB
1 Mengeluarkan surat tawaran dan maklumat penting bagi kemasukan pelajar baharu yang berjaya ditawarkan melalui laman web UMS dalam tempoh  masa tiga(3) hari berkerja.

Unit Pengambilan

Dan Kemasukan Pelajar  

2. Mengadakan Pra Pendaftaran Kursus pada Minggu ke-10 dan ke-11 semester semasa bagi semester akan datang.

Unit Pendaftaran & Penjadualan

3. Memaparkan jadual kuliah semester akan datang di laman sesawang pada minggu ke-10 semester semasa.

Unit Pendaftaran & Penjadualan

4. Memaparkan Jadual peperiksaan di laman sesawang pada minggu ke-11 pengkuliahan setiap semester.

Unit Peperiksaan & Penilaian

5. Mengeluarkan slip peperiksaan melalui Sistem Maklumat Pelajar (SMP) pada minggu ke-9 pengkuliahan.

Unit Peperiksaan & Penilaian

6. Memaklumkan keputusan permohonan yang diluluskan di peringkat Pra Siswazah dan Senat dalam tempoh 3 hari waktu bekerja selepas kelulusan diterima. Semua Unit
7. Menyediakan surat pengesahan pelajar dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.

Unit Pendaftaran & Penjadualan

8. Mengambil tindakan ke atas aduan yang diterima dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja.

Semua Unit

9. Memastikan maklumat dibekalkan dengan tepat dan lengkap dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh permohonan maklumat yang lengkap diterima.

Unit Pengurusan Maklumat

10. Memastikan senarai nama pelajar yang layak bergraduat  dimasukkan di dalam laman web semakan satu (1) bulan sebelum tarikh konvokesyen.

Unit Pengijazahan

11. Mengedarkan takwim Mesyuarat Jawatankuasa Prasiswazah dan Senat tahun akan datang pada minggu kedua bulan Disember pada tahun semasa. Semua Unit
12 Mengedarkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pra siswazah, Senat dan Mesyuarat Utama BPA dalam tempoh 5 hari waktu bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan. Semua Unit
13. Memproses tempahan ruang dewan kuliah Pusat dalam tempoh sehari daripada tarikh penerimaan tempahan yang lengkap.

Unit Pentadbiran dan Kewangan

14. Mengeluarkan permohonan perolehan PU03 (Borang permohonan pembelian bekalan/perkhidmatan) bagi keperluan aktiviti BPA melalui sebutharga/rundingan terus dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh kelulusan dan tarikh dokumen lengkap diterima.

Unit Pentadbiran dan Kewangan

15. Mengumumkan sidang konvokesyen dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh majlis konvokesyen berlangsung.

Unit Pengurusan Graduan