Bahasa MelayuEnglish (UK)

SEKSYEN PENGURUSAN KONVOKESYEN DAN REKOD PELAJAR

Fungsi:

1. Pengurusan data pengijazahan bagi tujuan pengesahan senarai pelajar yang layak bergraduat.

2. Urus Setia Jawatankuasa Induk Konvokesyen

3. Pengurusan perjalanan konvokesyen melibatkan pelajar

 

Skop:

1. Data pengijazahan pelajar, pengesahan graduan, menyelaras senarai penerima anugerah.

2. Keurusetiaan Jawatankuasa Induk Konvokesyen.

3. Pengurusan perjalanan konvokesyen melibatkan pelajar, pengurusan jubah, buku konvokesyen dan hadiah universiti kepada pelajar

    sempena  konvokesyen.

 

Aktiviti:

1. Menyelaras data pelajar yang layak bergraduat bersama dengan pihak fakulti.

2. Mengendalikan bengkel bersama fakulti bagi mengeluarkan senarai akhir pelajar layak bergraduat.

3. Menyelaras senarai penerima anugerah semasa majlis konvokesyen.

4. Membuat pengesahan graduan Universiti Malaysia Sabah.

5. Menguruskan cetakan skrol dan transkrip graduan.

6. Menguruskan permohonan pelajar berkaitan Kaedah Prasiswazah.

7. Menyediakan laporan lengkap pencapaian pelajar bergraduat setiap kohort bagi tujuan laporan penuh pencapaian Objektif Kualiti Universiti.

8. Merancang pelaksanaan konvokesyen melibatkan pelajar.

9. Menyelaras persediaan melibatkan Jabatan lain seperti JTMK, JPP dan keurusetiaan konvokesyen peringkat universiti.

10. Menyelaras pelantikan petugas semasa konvokesyen melibatkan pelajar dan perarakan akademik.

11. Menyelaras penyediaan buku konvokesyen universiti.

12. Menyelaras hadiah-hadiah universiti kepada pelajar sempena konvokesyen.

13. Mengurus Pelajar OKU untuk tujuan konvokesyen.

14. Penyediaan maklumat konvokesyen untuk warta universiti.

15.Urusetia kepada mesyuarat;

       i. Jawatankuasa Induk Konvokesyen

       ii. Jawatankuasa Pengurusan Graduan

       iii. Jawatankuasa Persiapan Konvokesyen

16. Menyediakan laporan dan mengenalpasti penambahbaikan dari masa kesemasa.