Bahasa MelayuEnglish (UK)

SEKSYEN PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN PELAJAR

Unit Pengambilan Pelajar

Fungsi:
Pengurusan Pengambilan Pelajar Baharu Ke UMS.

Skop:

  1. Pengambilan.
  2. Promosi program akademik.

Aktiviti:

  1. Merancang pelaksanaan pengambilan dan kemasukan pelajar baharu.
  2. Menyelaras  urusan pra pemilihan pelajar melalui temuduga/ujian khas berdasarkan keperluan.
  3. Menyelaras penetapan unjuran pengambilan pelajar baharu  mengikut fakulti berdasarkan kategori yang ditetapkan.
  4. Merancang aktiviti Promosi tahunan bersama-sama dengan KPM.
  5. Membantu aktiviti promosi bersama Bahagian Perhubungan Korporat (BPK) UMS.
  6. Menyediakan bahan-bahan pameran  termasuk pakej promosi.
  7. Menyediakan bajet aktiviti promosi.
  8. Menyelaras perjalanan Promosi.
  9. Bekerjasama dengan KPM dan  BPK menjalankan aktiviti promosi.
  10. Membuat kajian keberkesanan aktiviti Promosi dan mengenalpasti penambahbaikan dari masa ke semasa.

 

Unit Kemasukan Pelajar

Fungsi:

  1. Pengurusan Pengambilan dan Kemasukan Pelajar Baharu mengikut kategori yang ditetapkan oleh UMS iaitu Lepasan STPM, Lepasan Diploma/ setaraf, Lepasan STAM, Lepasan Asasi dan lain-lain.
  2. Pengurusan Kemasukan dan tawaran.
  3. Pengurusan Pendaftaran Pelajar Baharu.

Skop: permohonan, penawaran, pemilihan, rayuan, pendaftaran pelajar baharu.

Aktiviti:

  1. Menyelaras mesyuarat berkaitan  pemilihan pelajar baharu iaitu mesyuarat pemilihan bersama IPTA dengan KPM, Mesyuarat Rayuan (dalaman) dan peringkat IPTA dengan KPM.  
  2. Menyelaras persediaan kemasukan pelajar baharu melibatkan Jabatan/Unit berkaitan.
  3. Mengendalikan isu-isu berkaitan permohonan pelajar berkaitan pertukaran program dan pertukaran universiti.
  4. Mengeluarkan surat tawaran
  5. Menyediakan laporan lengkap berhubung pengambilan dan kemasukan pelajar bagi mengenalpasti penambahbaikan berterusan.
  6. Menyelaras pendaftaran pelajar baharu Universiti.