Bahasa MelayuEnglish (UK)

TOP 15 Soalan Lazim

  1. Bagaimana caranya pemohon memohon transkrip dan skrol yang hilang?
    Pemohon perlu membuat laporan polis dan membayar RM10.00 kepada Bendahari UMS untuk mendapatkan transkrip dua versi (BM dan BI), dan buat surat rasmi permohonan dan hantarkepada Seksyen Pengurusan Konvokesyen dan Rekod Pelajar, Bahagian Perkhidmatan Akademik.
     
  2. Bagaimana prosuder saya (pelajar) masuk ke UMS?
    Pelajar dikehendaki membuat permohonan secara online di Unit Pengambilan Universiti (UPU) selepas iklan dikeluarkan dengan mengambil no pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan membuat permohonan melalui talian.
     
  3. Bagaimanakah caranya pemohon mendapatkan transkrip dan skrol sekiranya calon graduan tidak berhajat untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Rasmi UMS?Sila rujuk : http://bpa.ums.edu.my/index.php/ms/konvokesyen/panduan-am
     
  4. Bilakah sidang Konvokesyen diumumkan?
    Jadual Sidang Penerimaan Ijazah pada Majlis Konvokesyen ditetapkan berdasarkan persetujuan Jawatankuasa Induk Majlis Konvokesyen UMS dan diumukan selewat-lewatnya sebulan (1) sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung.
     
  5. Apakah maksud pemindahan kredit?
    “Pemindahan Jam Kredit” ertinya pindah kredit secara horizontal bagi pelajar yang berada dalam sistem (pelajar yang masih dalam pengajian). Kredit dikira dalam kredit bergraduat pelajar dan gred kursus diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).
     
  6. Apakah maksud Pengecualian Kredit?
    “Pengecualian Kredit” ertinya pindah kredit secara vertical atau horizontal bagi pelajar yang telah keluar daripadasistem (Pelajar yang telah tamat pengajian) atau telah mencapai tahap kompetensi dalam kursus berkenaan. Kredit kursus yang telah dipindahkan diambilkira dalam kredit bergraduat tetapi greg kursus tidak diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar.
     
  7. Saya (Pelajar) terlupa membawa Salinan dokumen penting semasa pendaftaran Universiti. Bolehkah saya menghantar dokumen tersebut selepas pendaftaran Universiti selesai?
    Boleh. Sila hantarkan Salinan dokumen penting tersebut di Fakulti masing-masing, namun tertakluk kepada tempoh masa yang telah ditetap dan dipersetujui oleh fakulti.
     
  8. Apakah Syarat kemasukan untuk masuk ke UMS?
    Maklumat Syarat Kemasukan untuk masuk ke UMS boleh dilayari di laman wen Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) url : http://bpa.ums.edu.my/index.php/ms
     
  9. Apakah prosedur sekiranya saya ingin berhenti daripada pengajian?
    Anda (pelajar) dikehendaki membuat surat rasmi ke fakulti semasa anda untuk membuat permohonan ingin berhenti daripada pengajian.
     
  10. Adakah pelajar baharu dibenarkan untuk membuat pertukaran program?
    Tidak boleh. Pelajar hanya boleh membuat permohonan pada semester kedua selepas mendapat keputusan peperiksaan semester pertama tertakhluk kepada kekosongan dan sokongan Dekan.
     
  11. Adakah saya (pelajar) boleh membuat “pemindahan kredit” sekiranya saya ingin menyambung pelajaran ke UMS tetapi telah berhenti di IPTA lain dan tidak tamat pengajian?
    Tidak dibenarkan. Bagi Pemindahan kredit pemohon perlu berada dalam pengajian semasa di IPTA asal.
     
  12. Apakah prosuder permohonan bagi pelajar baharu peringkat pelajar antarabangsa?
    Pemohon boleh membuat pertanyaan lanjut di Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global, UMS, talian telepon 088-320000 samb 1385/1381/1025/1057 atau email di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
     
  13. Saya ingin bertanya tentang yuran dan kelayakan dan bidang yang ditawarkan.
    Pengadu boleh mendapatkan maklumat tersebut di laman sesawang bpa.ums.edu.mydi Bahagian buku syarat kemasukan yang tertera dalam pautan pantas.
     
  14. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat jadual kuliah sekiranya tiada dalam paparan jadual kuliah UMS?
    Anda disaran untk mendapatkan maklumat tersebut di Fakulti sekiranya ianya melibatkan teras fakulti dan teras program, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) sekiranya melibatkan teras universiti dan teras bahasa. Bagi Jadual Kokum sila rujuk kepada Pusat Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar.
     
  15. Adakah UMS menawarkan menawarkan diploma?
    Setakat ini UMS hanya menawarkan “Diploma Kejuruteraan proses (operasi minyak dan gas)” melalui Fakulti kejuruteraan dan ambilan pertama ialah pada Semester I sesi 2018/2019.