|
 |
ISI KANDUNGAN PAKEJ KONVO |
Pastikan semua maklumat dalam laman web konvo ini dibaca dan difahami oleh graduan.
- Kajian Pengesanan Graduat
- Panduan Majlis Konvokesyen ke-8
- Sila Klik Maklumat Sidang Konvokesyen
- Sila Klik semakan status
- Surat Makluman dan Jemputan Konvokesyen
- Surat Pengesahan Tamat dan Lulus Pengajian
- Penyata Konvokesyen ke-8
- Sila Klik Surat Serah Kuasa
- Pengambilan Jubah/Skrol/Transkrip
- Sila Klik untuk maklumat hotel penginapan
- Borang keahlian Persatuan Alumni UMS boleh didapati di kaunter Alumni semasa pengambilan jubah
* Sila Bank in di mana-mana cawangan BCB dan simpan dua salinan.
- Salinan bakal Graduan
- Salinan Universiti – Tunjukan pada hari pengambilan jubah
(Nombor Akaun Bendahari Universiti Malaysia Sabah (BCB) : 1002-0011063-05-9) |
1.0 BORANG PENGESANAN GRADUAT |
Graduan DIWAJIBKAN mengisi borang soal selidik Kajian Pengesanan Graduat Kementerian Pengajian Tinggi 2006 yang boleh dicapai di laman web UMS atau di alamat berikut:
Web UMS: http://bpa.ums.edu.my/
http://graduat.mohe.gov.my/kpgv3/pengesananlogin.jsp
Sila isi borang soal selidik Kajian Pengesanan Graduat dengan lengkap dan hantar secara online. Cetak slip pengesanan kajian tersebut dan tunjukkan slip berkenaan semasa mengambil jubah konvokesyen. |
2.0 PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN |
MAKLUMAT UMUM
Tarikh Majlis Konvokesyen Ke-8 Universiti
Malaysia Sabah
2 & 3 September 2006 (Sabtu dan Ahad)
Majlis Raptai Konvokesyen - Pelajar
1 September 2006, Jumaat Jam 2.00 PM, Dewan Canselor
Kehadiran Graduan
- Sebagaimana termaktub dalam Acara Konvokesyen UMS, ijazah dan
ijazah lanjutan hendaklah biasanya dikurniakan hanya pada graduan
yang hadir di sesuatu konvokesyen dengan syarat bahawa SENAT boleh,
dalam keadaan luar biasa, memutuskan supaya sesuatu ijazah atau
ijazah lanjutan dikurniakan tanpa hadir.
- Graduan hendaklah mematuhi arahan kehadiran yang telah ditentukan
mengikut sidang yang ditetapkan.
- Graduan tidak dibenarkan menangguhkan Majlis Konvokesyen ataupun
mewakilkan kepada orang lain bagi menghadiri Majlis Konvokesyen
- Aturcara Raptai Konvokesyen (Graduan) Dewan Canselor ( 1 September
2006 ) Jumaat.
- 2.00 Petang Ketibaan para graduan/AJK
Konvo/Kakitangan terlibat
- 2.20 Petang Taklimat Panduan majlis Konvokesyen Oleh En.
Abdullah Hj. Mohd Said -Timbalan Pendaftar(Akademik)
- 2.50 Petang Raptai bermula:-
- Tatacara Pemakaian Jubah, Hood
dan Mortar Boad.
- Tatacara penerimaan Ijazah Doktor falsafah, Sarjana.
- Tatacara Penerimaan Ijazah Sarjana Muda
- Tatacara penerimaan Anugerah Khas
- 4.30 Petang Raptai dijangka selesai.
|
2.1 SEBELUM : MAJLIS KONVOKESYEN |
1. Pembayaran Yuran Konvokesyen/Peminjaman/Pembelian/Pemulangan Jubah
- Bakal Graduan perlu menyemak penyata akaun pelajar di Jabatan Bendahari terlebih dahulu untuk memudahkan bakal Graduan untuk bergraduat.
- Bakal Graduan perlu membayar Yuran Konvokesyen di Jabatan Bendahari terlebih dahulu berjumlah RM117.00 sebelum menyewa Pakaian Akademik (Jubah).
- Graduan yang telah membuat pembayaran yuran konvokesyen melalui slip bank boleh terus berurusan ke kaunter Pengesanan Graduat sebelum mengambil jubah
Ijazah Pertama dan Lanjutan : RM100.00
Beg Jubah : RM 8.00
Transkrip Bahasa Malaysia/English : RM 9.00
JUMLAH PERLU DIBAYAR : RM117.00
1.3 Penyewaan/Pembelian dan Peraturan Pakaian Akademik/Jubah
- Graduan DIWAJIB melengkapkan Kajian Pengesanan Graduat secara online dan menyerahkan slip pengesanan tersebut di kaunter pengambilan jubah.
- Sewaktu Graduan mengambil jubah, Graduan perlu tunjukkan resit pembayaran yuran konvokesyen/pembelian jubah.
- Pengambilan Jubah
Tempat Pengambilan Jubah |
Tarikh |
Masa |
Bangunan
Canselori (Pentadbiran)
Gallery Aras Blok Utara (Gugusan Sains)
Lobi Akademik Aras 3 Blok Utara ( Gugusan Sastera)
|
- 23-30 Ogos 2006
- 31 Ogos 2006
|
9.00 pagi – 4.00 petang
9.00 pagi – 12.00 tengahari
|
Dewan Canselor
Bilik Jubah Tingkat 1
|
|
9.00 pagi - 4.00 petang |
Ijazah |
Pembelian Sebelum Tarikh Konvokesyen (Tidak termasuk Yuran Konvokesyen) (RM) |
Pembelian Selepas Tarikh Konvokesyen
(RM) |
Ijazah Pertama
|
299.00 |
399.00 |
Ijazah Lanjutan
|
399.00 |
663.00 |
- Graduan diminta memastikan Jubah yang diterima berada dalam keadaan baik dan sempurna. Sebarang pengubahsuaian mana-mana bahagian jubah adalah DILARANG sama sekali.
- DENDA sebanyak RM10.00 dikenakan pada hari pertama selepas tamat tarikh pemulangan jubah dan tambahan RM10.00 bagi setiap hari berikutnya. Bayaran denda hendaklah dibuat di kaunter Pejabat Bendahari aras 3 Bangunan Canselori. Resit pembayaran denda berkenaan hendaklah dikemukakan semasa memulangkan jubah.
- Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan jubah akademik yang dipinjam oleh graduan.
- Jika Jubah yang dipinjam rosak atau hilang, bayaran akan dikenakan dan skrol / transkrip tidak akan diberikan kepada graduan selagi bayaran tersebut belum dijelaskan. Kadar bayaran adalah seperti berikut:
Item |
Jubah (RM) |
Hood (RM) |
Mortar Board (RM) |
|
550.00 |
53.00 |
80.00 |
|
850.00 |
53.00 |
80.00 |
|
CARTA
ALIR PENGAMBILAN JUBAH KONVOKESYEN
DI BANGUNAN CANSELORI ARAS 3
|

1.4 Panduan Pemakaian Pakaian Akademik/Jubah Konvokesyen.
Pakaian Akademik/Jubah
- Sehelai Jubah
- Sehelai ‘Hood’ (Warna mengikut Program Pengajian)
- Satu ‘Mortar Board ‘(Warna Hitam)
Semasa menghadiri Majlis Konvokesyen, graduan dikehendaki berpakaian seperti berikut:
Graduan Lelaki :
- Lounge Suit (warna gelap), Kasut (warna gelap) dan berpakaian akademik/kemas.
- Kemeja lengan panjang berwarna terang.
- Potongan rambut perlulah pendek dan kemas
- Untuk keseragaman, Graduan DIWAJIBKAN memakai tali leher.
- Kasut Sukan/Selipar/Sandal tidak dibenarkan
- Seluar jeans dan seluar pendek tidak dibenarkan
Graduan Perempuan :
- Berpakaian labuh hingga buku lali, Baju/Blaus berlengan panjang dan lengkap menutup hingga ke leher. Jika memakai skirt, hendaklah melepasi paras lutut dan baju berlengan panjang.
- Warna pakaian adalah bebas
- Bagi yang memakai tudung kepala, dicadangkan agar menggunakan tudung kepala warna cerah supaya mudah memakai ‘hood’ sekolah masing-masing
- Kasut berwarna gelap
- Kasut Sukan/Selipar/Kasut yang terbuka di belakang tidak dibenarkan
- Skirt pendek atau seluar tidak dibenarkan
1.5 Kad Jemputan
- Setiap graduan akan diberikan 1 kad jemputan untuk empat (3)
orang tetamu graduan bagi menghadiri Majlis Konvokesyen ke dalam
Dewan Konvokesyen
- Kad Jemputan (Tetamu), pelekat kenderaan serta arahan lain akan diedarkan semasa graduan/wakil graduan meminjam pakaian akademik.
- Pihak Universiti tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan kad jemputan yang telah diedarkan dan kad yang hilang tidak akan diganti.
Penting : Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan.
1.6 Pakaian ibubapa/Tetamu Graduan
- Para Graduan diminta memaklumkan kepada ibubapa/tetamu supaya
mereka berpakaian rasmi/kebangsaan lengkap/Lounge suit atau
pakaian kemas dan tidak menjolok mata.
- Pakaian seperti seluar jeans, seluar pendek, kemeja-T, pakaian
gaun atau skirt di atas paras lutut, blause tanpa
lengan adalah tidak dibenarkan.
- Tetamu graduan boleh memasuki Dewan Canselor UMS melalui pintu-pintu
yang ditetapkan oleh pegawai petugas
- Tetamu graduan semasa Majlis Konvokesyen berlangsung tidak dibenarkan
berlegar-legar atau keluar masuk Dewan
- Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, kamera, perakam video dan
telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan Canselor
semasa Majlis Konvokesyen dilangsungkan.
1.7 Peraturan Lalulintas dan Tempat Letak Kereta
- Bagi mengelakkan kesesakan lalulintas, para ibubapa/tetamu graduan diminta mematuhi arahan-arahan yang akan diberikan kelak oleh pegawai-pegawai bertugas, para ibubapa/tetamu hendaklah mematuhi peraturan lalulintas yang telah ditetapkan oleh Pihak Universiti.
1.8 Disiplin Majlis
Setiap Graduan dan tetamu tidak dibenarkan melakukan perkara berikut semasa di dalam Dewan.
- Menggunakan telefon bimbit sewaktu berada di dalam Dewan Konvokesyen Telefon bimbit hendaklah dimatikan
- Membawa bunga dan beg tangan sewaktu berarak
- Mengambil gambar di hadapan pentas
- Membawa makanan dan minuman ke dalam Dewan
- Membuat bising
1.9 JUBAH
Jubah hendaklah dipakai dengan kemas dan tertib mengikut aturan pemakaian yang telah ditetapkan.
BIL |
WARNA JUBAH |
IJAZAH |
1 |
Biru Tua |
Sarjana Muda |
2 |
Biru Tua/
Ungu Gelap |
Sarjana |
3 |
Mengikut Bidang |
PhD. |
1.10 HUD
Setiap Graduan perlu memastikan Hood yang dibekalkan adalah sesuai mengikut program pengajian seperti berikut:
Sila klik untuk maklumat warna hud mengikut gugusan/program |
*SILA KEMBALIKAN HUD YANG TERSALAH AMBIL*
1.11 MORTAR BOARD
|
|
|