Soalan Lazim Seksyen Pengambilan Dan Kemasukan Pelajar

S1: Bagaimana cara permohonan kemasukan ke UMS?

J1:Permohonan kemasukan hanya melalui UPUOnline sahaja di Portal Rasmi Kemasukan iaitu http://upu.moe.gov.my

 

S2:Bila permohonan kemasukan dibuka dan adakah bayaran dikenakan untuk mengemukakan permohonan?

J2:Permohonan kemasukan pada sesi akan datang akan dibuka pada 25 Februari 2019. Pemohon perlu membeli No. Unik ID untuk mengemukakan permohonan.

 

S3: Dimanakah saya boleh merujuk Syarat Kemasukan ke UMS?

J3: Anda boleh melayari http://bpa.ums.edu.my atau melalui Sistem Semak Syarat di URL  http://semaksyarat.info

 

S4: Bilakah tarikh akhir permohonan kemasukan ke UMS?

J4: Tarikh akhir permohonan adalah pada 02 April 2019. Pemohon digalakkan mengisi lebih awal untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku.

 

S5: Bagaimanakah saya boleh menyemak keputusan permohonan kemasukan ke UMS?

J5: Anda boleh menyemak keputusan permohonan kemasukan ke UMS dengan melayari url http://jpt.ums.edu.my atau terus ke url http://upu.moe.gov.my

 

S5: Bolehkah saya menukar program yang telah ditawarkan?

J5: Tidak boleh. Tawaran adalah muktamad.

 

S6: Bilakah keputusan permohonan kemasukan ke UMS akan dikeluarkan?

J6: Keputusan permohonan kemasukan ke UMS akan dikeluarkan pada minggu pertama bulan Ogos 2019.

 

S7: Saya telah mendapat tawaran daripada Universiti Awam yang lain, bolehkah saya memohon untuk bertukar terus ke UMS?

J7: Tidak boleh. Tawaran adalah muktamad.