Sukacita dimaklumkan Seksyen Promosi, Pengambilan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Perkhidmatan Akademik, Universiti Malaysia Sabah akan membuka Kaunter Runding Cara & Konsultasi Permohonan UPUOnline®️ kepada semua pemohon Lepasan SPM & STPM/Setaraf pada ketetapan berikut:

🗓️ TARIKH:
➡️04 Mac - 28 Mac 2024 (Isnin - Jumaat Sahaja)

⏰MASA:
➡️9.00 AM - 1.00 PM (Sesi Pagi)
➡️1.00 PM - 2.00 PM (Waktu Rehat)
➡️11.30 AM - 2.00 PM (Waktu Rehat Jumaat)
➡️2.00 PM - 4.00 PM (Sesi Petang)

📍TEMPAT:
➡️Ruang Lobi Pejabat Bahagian Perkhidmatan Akademik

Untuk makluman, perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan runding cara kepada semua pemohon Lepasan SPM & STPM/Setaraf dalam mengisi permohonan UPUOnline®️. Jangan lepaskan peluang untuk membuat semakan syarat kelayakan anda bersama kami.

📝Digalakkan untuk membawa komputer riba atau peranti yang bersesuaian untuk memudahkan sesi runding cara & konsultasi permohonan UPUOnline®️

Jangan Lepaskan Peluang Anda!

#jommasukUMS
#UMSpilihanpertama