1. Soalan: Bagaimana untuk membuat tempahan dalaman Dewan Kuliah Pusat (DKP)?
Jawapan: Tempahan dalaman DKP boleh dibuat secara online menggunakan password hronline iaitu melalui http://bpa.ums.edu.my/tempahandkp/ . Surat rasmi serta lampiran tentatif dan senarai jemputan VIP/ VVIP hendaklah dihantar ke BPA sekiranya diperlukan. (Pemohon yang boleh mengakses sistem ini ada lah kakitangan yang mempunyai HRonline sahaja.
2. Soalan: Berapakah tempoh masa penghantaran permohonan tempahan dalaman DKP?
Jawapan: Permohonan tempahan dalaman DKP hendaklah dihantar selewat-lewatnya seminggu sebelum pengunaan DKP bagi memberi ruang untuk semakan jadual penggunaan DKP.
3. Soalan: Berapakah tempoh maklumbalas status tempahan selepas penghantaran permohonan DKP dibuat.
Jawapan: Tempoh maklumbalas status tempahan akan diberikan seawal satu minggu atau selewat-lewatnya 3 hari sebelum penggunaan DKP tetapi tertakluk kepada kekosongan DKP.
4. Soalan: Apakah kemudahan asas yang disediakan dalam setiap DKP?
Jawapan: Kemudahan asas yang terdapat di setiap DKP ialah Kerusi belajar, Meja belajar, Lampu, Penghawa dingin, LCD dan P.A System. Kemudahan selain disebutkan perlu disediakan sendiri oleh pengguna DKP. Contoh: sofa, rostrum, dll.
5. Soalan: Adakah kakitangan Teknikal bertugas di DKP?
Jawapan: Kakitangan Teknikal untuk LCD / P. A System iaitu IT BASE dan kakitangan Teknikal untuk Elektrik/ Lampu / Penghawa dingin iaitu Jaya Exim akan sentiasa bertugas setiap kali ada penggunaan DKP. Nombor talipon kakitangan teknikal ada di setiap DKP.
6. Soalan: Adakah kakitangan pembersihan bertugas di DKP?
Jawapan: Kakitangan Pembersihan ada bertugas untuk kerja-kerja pembersihan yang melibatkan kegunaan DKP bagi tujuan kuliah, peperiksaan dan program/ majlis rasmi UMS. Penganjur luar atau bukan program/ majlis rasmi UMS wajib melantik kakitangan pembersihan sendiri dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebersihan DKP sebelum, semasa dan selepas program / majlis berlangsung. Waktu bekerja kakitangan pembersihan adalah : Isnin- Jumaat 8am-4.30pm, Sabtu 8am-12pm, Ahad –tidak bekerja.
7. Soalan: Sekiranya program/ majlis tidak menggunakan kerusi belajar atau meja belajar yang sedia ada di dalam DKP, siapakah yang bertanggungjawab berkaitan penyusunan kerusi meja tersebut dan adakah melibatkan sebarang kos?
Jawapan: Mana-mana program/ majlis yang tidak menggunakan kerusi belajar atau meja belajar di dalam DKP, Penganjur bagi program/ majlis adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyusunan serta kerosakan dan kehilangan kerusi meja sebelum dan selepas program/ majlis dijalankan. Penganjur perlu berhubung dengan pihak JPP UMS bagi pelantikan kontraktor penyusunan dan segala kos buruh bagi urusan penyusunan kerusi meja DKP adalah tanggungjawab penganjur sendiri dan tiada sebarang tuntutan kos tersebut dibuat keatas BPA.